Friday, 21 September 2018

BAB 6 : SISTEM PENDIDIKAN ISLAM TERENGGANU


(Model Perbandingan dengan Negeri Johor)

1) Tokoh:
Tokoh 1: Haji Abdul Rahman Limbong
Tokoh 2: Tok Ku Paloh

a) Haji Abdul Rahman Limbong

- Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Abdul Kadir.
Beliau dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong atau juga dikenali sebagai Haji Deraman Limbong.
- Beliau menerima gelaran semasa beliau sentiasa mengunjungi Kampung Limbong di Kemaman.
- Nama bapa beliau ialah Haji Abdul Hamid Bin Abdul Kadir.
- Haji Abdul Rahman Limbong telah dilahirkan pada tahun 1285 Hijrah/1868 Masihi.
- Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1347 Hijrah/1928 Masihi di Makkah.
- Beliau telah dibuang negeri sebanyak dua kali.
- Nama ibu beliau ialah Tun Tijah Binti Tum Akut.
- Tempat lahir beliau di Kampung Jongok Tong Beladau Kolam, Kuala Terengganu.

Sumbangan Haji Abdul Rahman Limbong
- Beliau salah seorang pejuang yang berjuang untuk menentang British
- Memperjuangkan kebajikan masyarakat awam khususnya golongan petani.
- Sangat mengasihi kanak-kanak dan anak yatim.
- Mempunyai kelebihan menyelesaikan masalah keagamaan.
- Membebaskan penduduk yang melakukan kesalahan melalui undang-undang.



b) Tok Ku Paloh

- Nama sebenar beliau ialah Syed Abdul Rahman Bin Syed Muhammad.
- Beliau telah dilahirkan di Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
- Beliau dilahirkan pada tahun 1817 Masihi.
- Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1917 Masihi.
- Ayah beliau bernama Tok Ku Tuan Besar dan ibunya bernama Nik Aminah.
- Beliau dikatakan mempunyai hubungan susur galur Nabi Muhammad SAW.
-Tok Ku Paloh mendapat pendidikan melalui ayahnya sendiri dan kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Kelantan dalam bidang agama.
- Isteri beliau ialah Tengku Andak dan meninggal dunia di Makkah dan mereka
tidak dikurniakan zuriat.

Sumbangan Tok Ku Paloh

- Beliau membantu penduduk menyelesaikan masalah agama.
- Mahir dalam bidang tasauf.
- Memperkenalkan kaedah dan pendekatan pengajaran.
- Menggunakan kaedah Syarahan dalam pengajaran beliau.



2) Sejarah Pendidikan di Terengganu Semasa Zaman Tradisi

a) Penemuan Batu Bersurat
- Penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada tarikh 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan
dengan 22 Februari 1303 Masihi.
- Agama Islam diperkenalkan untuk memenuhi keperluan Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah.

b) Kelahiran Masjid dan Surau Sebagai Tempat Pendidikan
- Hulu Terengganu merupakan tempat terawal menerima Islam.
- Kehadiran Sharif Muhammad Al-Baghdadi  (16 Masihi).

c) Ulama’ dan Tokoh Terkenal Lahir di Terengganu
- Mengarang dan menyalin kitab-kitab jawi dan sebarkan kepada orang awam.
- Mewujudkan lebih banyak institusi pondok.


3) Faktor-faktor Pendidikan Islam Tersebar
- Pemerintah yang minat dengan Islam.
- Galakkan daripada pemerintah.
- Bebas daripada penjajah.

4) Kronologi (Penubuhan Pondok)

Tahun
Peristiwa Penubuhan Pondok
19 Masihi
-Pondok Tok Kadi Sungai Rengas.
-Pondok Haji Abdul Hamid, Kampung Tebauk Nerus, Besut Terengganu.
1873 Masihi
-Pondok Haji Hassan (Tuan Hassan) Kampung Gong Sura, Besut.
-Pondok Haji Said, Kampung Lama, Besut Terengganu.
1883 Masihi
-Pondok Haji Muhammad Bin Endut Bukit Bayas, Kuala Terengganu.
1892 Masihi
-Pondok Haji Mat Syafei, Losong.
1906 Masihi
-Pondok Haji Mat B. Hussin, Kampung Lampu, Besut.
1908 Masihi
-Pondok Haji Umar Kampung Raja, Besut.
1912 Masihi
-Pondok Haji Mat Bin Hussin berpindah ke Kuala Besut.
1921 Masihi
-Pondok Haji Daud Kampung Lampu, Besut.
1954 Masihi
-Pondok Haji Abbas Tok Jiring, Kuala Terengganu.
1958 Masihi
-Pondok Haji Abdul Latif Jerteh, Besut.
-Pondok Haji Zainal Abidin Sura Gate Lungun.
-Pondok Haji Syafei Durian Guling.
1963 Masihi
- Pondok Tok Fakih Abdullah Kuala Berang Terengganu.


5) Kronologi (Penubuhan Madrasah Arabiah)

Tahun
Penubuhan Madrasah Arabiah
1925
-Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul Kuala Terengganu.
1932
-Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin didirikan di Kampung Ladang Kuala Terengganu.
1933
-Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
1942
-Sekolah Menengah Agama Khairiah mula diasaskan di beranda Masjid Hiliran Kuala Terengganu oleh ustaz Haji Ahmad Fuad dan Haji Ahmad Zaki bin Salleh Al-Basri.
1961
-Sekolah Menengah Agama Khairiah berpindah ke bangunan baru di Gong Kapas.
1958
-Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin ditinggalkan di Batu Buruk, Terengganu.
-Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Nasiruddin Shah (Sultan Terengganu).  


6) Aspek Perbezaan Sekolah

Aspek
Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)
Sekolah Agama Kuala Terengganu
Pengelola
-Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)
-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
-Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA)
Pentadbiran
-Guru Besar
-Guru Penolong Kanan
-Guru
-Staf
-Guru Besar
-Guru Penplong Kanan
-Penyelia
-Guru
-Staf
Pengajaran dan Pembelajaran
-Kaedah Pengajaran &Pembelajaran
a) Bercerita
b) Demonstrasi
c) Simulasi
-Waktu Pembelajaran
a) Pagi
b) Petang
c) Malam

-Kaedah Pengajaran & Pembelajaran
d) Bercerita
e) Demonstrasi
f) Simulasi
-Waktu Pembelajaran
d) Pagi
e) Petang
f) Malam

Peperiksaan
Di bawah Kementerian Pendidikan & Jabatan Agama Islam Johor
-Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)
-Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)
-Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)
-Awal tahun dan Akhir tahun
-Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)
-Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)
-Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)
-Awal tahun dan Akhir tahun
Etika dan Peraturan
-Pakaian menutup aurat
-Baju sukan
-Pakaian uniform
-Pakaian Koko pada setiap hari Rabu
-Peraturan-peraturan sekolah
-Pakaian menutup aurat
-Baju sukan
-Pakaian uniform
-Pakaian Koko pada setiap hari Rabu
--Peraturan-peraturan sekolah

No comments:

Post a Comment