SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEBELUM KEMERDEKAAN
1) LAPORAN CHEESEMAN
Pada masa pemerintahan Jepun iaitu antara tahun 1941 hingga 1946, semua sekolah Melayu dan sekolah Tamil diteruskan. Selain itu, bahasa Jepun telah dijadikan mata pelajaran tambahan. Namun begitu, sekolah sekolah vernakular dan sekolah Inggeris telah digantikan dengan sekolah Nippon-Go. Di sini, kebudayaan Jepun seperti lagu-lagu klasik Jepun diberi penekanan dalam kurikulum sekolah rendah. Di samping itu, pendidikan peringkat menengah aliran biasa telah dibubarkan oleh pihak pemerintah Jepun dan digantikan dengan pelajaran vokasional dan teknik.
Laporan Cheeseman ini terbentuk apabila orang Melayu meminta kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Laporan ini telah disediakan oleh Mr H.R. Cheeseman dan bertujuan untuk membuat satu laporan tentag kurikulum sekolah Inggeris dan vernakular. Laporan ini juga disediakan bertujuan untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun.
Antara kandungan yang terdapat dalam laporan tersebut ialah :
-Semua kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika menghadiri sekolah vernakular peringkat rendah.
-Para pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
-Pendidikan vokasional dilaksanakan sepenuhnya seperti yang termaktub di dalam Laporan Pelajaran 1938.
-Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.
Maka di sini jelaslah bahawa tujuan utama laporan ini disediakan ialah untuk membina semula dan mengembangkan setiap sistem pendidikan serta tidak menyentuh perpaduan kaum.
2) LAPORAN BARNES
Pada tahun 1950, terdapat sebuah jawatankuasa yang telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan untuk kaum Melayu. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh I.J. Barnes dan pada tahun 1951 Laporan Barnes telah mengesyorkan bahawa seluruh sistem pendidikan dirombak semula dan ditambah baik.
Terdapat beberapa cadangan yang disyorkan terkandung di dalam Laporan Barnes, antaranya ialah :
-Pendidikan bermatlamat ke arah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum.
-Sekolah vernakular telah dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
-Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah.
-Pendidikan percuma juga akan diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun yang menerima pendidikan di sekolah kebangsaan.
-Bahasa Inggeris turut digunakan sebagai bahasa pengantar oleh murid-murid yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah.
-Pembinaan sekolah vokasional yang moden juga disyorkan.
-Mata pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga ditekankan di dalam kurikulum.
-Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh penguasa pelajaran setempat dan pihak kerajaan.
-Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
-Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.
Namun begitu, Laporan Barnes ini telah mendapat tentangan yang hebat terutama sekali daripada Kaum Cina. Mereka juga telah berpendapat bahawa laporan ini merupakan satu usaha untuk menghapuskan bahasa dan kebudayaan mereka.
3) LAPORAN FENN-WU
Setelah Laporan Barnes mendapat tentangan yang hebat dari kaum Cina, Jawatankuasa baharu telah dilantik oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1951. Seterusnya, dua orang penasihat daripada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengetuai jawatankuasa ini. Dua orang penasihat tersebut ialah Dr.W.O Fenn dan Dr. Wu Teh Yau.
Jadinya, terdapat beberapa isi kandungan dalam Laporan Fenn-Wu, antaranya ialah :
-Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun orang Cina perlu diberi peluang membentuk kebudayaan negara.
-Orang Cina diberi galakkan untuk menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
-Pihak kerajaan Inggeris menggalakkan lagi orang Cina untuk menguasai ketiga-tiga bahasa.
-Kaedah pengajaran bahasa Cina, bahasa Inggeris, dan bahasa Melayu perlulah diperbaiki.
-Guru terlatih bagi sekolah Cina tidak mencukupi.
-Bantuan kewangan bagi kaum Cina perlu ditambah.
-Buku teks sekolah Cina, terutama sekali dari negara China dan Hong Kong hendaklah disemak serta dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
-Dasar Pendidikan Negara hendaklah ke arah matlamat membentuk kewarganegaraan Melayu.
-Sekolah-sekolah perlu menyediakan kanak-kanak bagi menempuh segala aspek kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Melayu.
4) ORDINAN PELAJARAN 1952
Pihak Inggeris meneliti laporan-laporan sebelum ini dan mendapati cadangan-cadangan yang dikemukakan tidak sama. Ini menyebabkan tertubuhnya sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Antara cadangan yang dikemukakan ialah :
-Mengadakan dua sistem persekolahan, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
-Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
-Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris, manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu.
Laporan ini telah dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan telah diluluskan pada September 1951 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajar 1952. Namun begitu, cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran ini tidak dapat dijalankan kerana masalah kewangan.
SELEPAS KEMERDEKAAN
1) LAPORAN PENYATA RAZAK
Laporan penyata razak ini diwujudkan setelah berlakunya kemerdekaan. Laporan ini sangat menekankan beberapa perkara iaitu perpaduan kaum dan penghasilan tenaga kerja. Namun begitu, terdapat beberapa tujuan utama laporan ini diadakan.
Antaranya ialah :
➤ Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan.
➤ Mengembangkan sistem pendidikan dan memenuhi keperluan negara yang merdeka.
➤ Melahirkan perpaduan kaum menjadi satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.
➤ Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.
➤ Mewujudkan pengurusan pendidikan yang cekap dan berkesan.
➤ Menyediakan kemudahan pelahar yang mencukupi.
➤ Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.
Selain itu, terdapat juga beberapa isi kandungan atau syor-syor yang terkandung di dalam laporan Penyata Razak. Antaranya ialah :
➢ Penubuhan Jemaah Nazir-nazir Sekolah.
➢ Dasar pelajaran merupakan tanggungjawab Menteri Pelajaran yang juga bertanggungjawab atas pelajaran menengah dan latihan guru.
➢ Para guru akan menerima latihan yang serupa.
➢ Penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah di semua sekolah.
➢ Penubuhan skim perkhidmatan bagi semua guru di sekolah.
➢ Terdapat dua jenis sekolah iaitu sekolah rendah dan menengah persendirian serta sekolah rendah dan menengah yang menerima bantuan.
➢ Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi bahasa wajib di semua sekolah.
➢ Hanya satu jenis sekolah menengah iaitu sekolah ini terbuka kepada semua bangsa dan menggunakan satu sukatan pelajaran dan kurikulum.
➢ Calon dari sekolah menengah mula mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan juga Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.
➢ Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan juga dirancang.
➢ Penyusunan semula pelajaran teknik dan pengawalan saiz sekolah serta bilik darjah.
➢ Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang selaras bagi semua sekolah.
Kesemua syor dan cadangan di atas telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan telah disahkan oleh Ordinan Pelajaran Tahun 1957.
2) LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)
Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Talib telah ditubuhkan untuk mengkaji syor-syor yang telah diketengahkan dalam Laporan Razak setelah berlakunya pilihan raya pada tahun 1959.
Di dalam Laporan Rahman Talib terdapat beberapa syor-syor seperti berikut :
➢ Semua kanak-kanak diberi pelajaran secara percuma.
➢ Sekolah rendah bantuan akan dijadikan sekolah kebangsaan dan juga sekolah jenis kebangsaan.
➢ Pelajar dinaikkan darjah secara automatik dengan syarat telah diadakan peperiksaan sekurang- kurangnya sekali sepenggal.
➢ Bantuan separuh dihentikan mulai 1 Januari 1962.
➢ Semua peperiksaan diadakan dalam bahasa rasmi sahaja.
➢ Guru-guru dijamin untuk menerima gaji mereka sebaik sahaja sekolah mereka menjadi sekolah bantuan penuh.
➢ Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan digantung.
➢ Sistem Jemaah Pengurus atau Pengelola diteruskan.
➢ Penubuhan Jemaah Penasihat Pelajaran Negara dan Jemaah Penasihat Pelajaran Negeri.
➢ Sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik telah diwujudkan.
➢ Penambahan guru terlatih.
➢ Semua sekolah bantuan yang mempunyai pelajar Islam tidak kurang 15 orang telah disediakan pelajaran agama Islam.
➢ Perbelanjaan pengajaran di sekolah rendah dibahagi antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
➢ Mengatur langkah lanjutan untuk mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dalam sistem pelajaran di negara ini.
➢ Membentuk Jemaah Nazir Tempatan.
➢ Menitikberatkan pendidikan akhlak.
3) AKTA PENDIDIKAN 1961
➢ Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu "Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957, untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya."
➢ Akta ini diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu.
➢ Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberikan tumpuan atau penekanan kepada perkara-perkara berikut :
➳ Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
➳ Penggunaan kurikulumyang sama bagi semua sekolah
➳ Pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid
4) LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964
➢ Encik Aminuddin Baki telah terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak
➢ Pada tahun 1960 beliau dipilih sebagai aqhli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan
Laporan Rahman
➢ Laporan Aminuddin Baki, sistem pendidikan aneka jurusan bagi sekolah menengah rendah telah dimulakan pada 1965 untuk menggantikan sekolah pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan
➢ Semua pelajar yang tamat pelajaran rendah selama enam tahun ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tingkatan satu atau kelas peralihan untuk meneruskan pelajaran selama tiga tahun lagi
➢ Pendidikan aneka jurusan ini disediakan kerana :
➵ Pelajaran menengah rendah selama tiga tahun selepas pelajaran sekolah rendah perlu disediakan sejajar dengan dasar kerajaan
➵ Perlu menyediakan pelajar menjawat jawatan yang sesuai
➵ Menyediakan peluang pelbagai jenis pekerjaan
➵ Boleh mempelbagaikan jenis kursus
5) LAPORAN JAWATANKUASA KABINET
➢ Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974
➢ Tujuan penubuhan ialah untuk mengkaji sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi sistem pelajaran sedia ada supaya dapat melahirkan tenaga rakyat jangka pendekdan jangka panjang untuk negara
➢ Jawatankuasa Kabinet bagi mencapai matlamat pendidikan sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas adalah seperti yang berikut :
➠ Kajian semula untuk menentukan cara-cara penyediaan guru dan jenis perkhidmatan
➠ Susunan bilik darjah perlu dikaji semula
➠ Mengekalkan kenaikan darjah secara automatik
➠ Menyediakan pendidikan pemulihan bagi pelajar yang lemah
➠ Pelajar didedahkan kepada bidang teknik dan vokasional
➠ Jurusan perdagangan diberi perhatian khas
➠ Menambah bilangan sekolah vokasional
➠ Memansuhkan penjurusan dan diadakan pendidikan umum
No comments:
Post a Comment