Thursday, 20 September 2018

BAB 9 : SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI MESIR

(Modal Perbandingan Peringkat Global)

1) Tokoh dan Pengasas

a) Muhammad Ali Pasha
- Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ali Pasha bin Mas’ud Ibnu Agha.
- Dikenali sebagai Mehmet Ali Pasha berketurunan Turki.
- Beliau dilahirkan pada tahun 1765
- Tempat Lahir beliau di Kavala Macedonia, Rumeli Eyalet

- Beliau meninggal dunia pada tahun 1849 di Cairo, Mesir.
- Berani menjalankan tugas wali Mesir dan Sudan.
 (Pendiri / Pembina Mesir Moden yang bermaksud membangunkan atau mempertahankan negara Mesir sebagai negara moden).

Sumbangan Muhammad Ali Pasha
i. Politik Luar Negeri
-Membuat hubungan baik dengan negara luar.
-Mementingkan ilmu pengurusan.
ii. Politik Dalam Negeri
-Melatih tentera Mesir dan menubuhkan sekolah tentera.
iii. Ekonomi
-Membangunkan sistem pengairan dan kesuburan tanah.
iv. Pendidikan
-Tahun 1815, mendirikan Sekolah Angkatan Tentera Darat.
-Tahun 1819, ditubuhkan pula Sekolah Teknik.
-Tahun 1827, membina Sekolah Tempatan.
-Tahun 1829, membina Sekolah Farmasi.
-Tahun 1834, membina Sekolah Tinggi Teknologi.
-Tahun 1836, membina Sekolah Penterjemahan.
-Banyak menghantar pelajar ke Perancis untuk belajar ilmu sains dan teknologi Perancis.
b) Tahtawi
-Nama sebenar beliau Rifa’ah Badawi Rafi’ al-Tahtawi.
-Beliau lahir pada tahun 1801 Masihi.
-Beliau meninggal dunia pada 1873 Masihi.
-Beliau belajar peradaban Barat dan kemajuan yang dicapai ialah belajar bahasa 
 Perancis.
-Beliau boleh menterjemah 12 bahasa Perancis kepada bahasa Arab.
-Beliau telah diberi kepercayaan untuk membina sekolah penterjemahan yang terdiri daripada  
 Sastera dan Perubatan.

Buku-buku yang telah dihasilkan
-Geografi -Bumi
-Logika -Politik

c) Jamaluddin al-Afghani
-Nama sebenar beliau ialah Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
-Beliau lahir di Asad Abad pada tahun 1839 Masihi.
-Beliau meninggal dunia pada tahun 1879 Masihi.
-Beliau tinggal di Istanbul Turki.
-Beliau mempelajari Bahasa Arab dan ilmu-ilmu lain seperti Hadis, Tafsir, Tasauf, dan Falsafah.
-Pada usia 20 tahun, beliau menjadi pembantu Muhammad Khan di Afghanistan.
-Pada tahun 1864, beliau menjadi penasihat Sher Ali Khan.
-Beliau juga menjadi Perdana Menteri semasa pemerintah Azham Khan.
-Beliau mempunyai kecerdasan dan keperibadian yang menarik.

Sumbangan/Pemikiran/Ideologi
-Mengembalikan kejayaan umat Islam di masa lampau dan sekali gus menghadapi dunia moden.
-Pemerintah harus patuh kepada undang-undang
-Tiada pemisahan antara agama dan politik
-Perasaan simpati antara umat Islam harus dihidupkan kembali.


d) Muhammad Rasyid Ridhi
-Nama sebenar beliau ialah Muhammad Rasyid bin Abu Ridha bin Muhammad Syam Al-Din Al-Qalamuny.
-Beliau lahir di Qalamuny, Lebenan.
-Beliau lahir pada tahun 1282 Hijrah/1865 Masihi.
-Beliau merupakan bangsawan Arab.
-Beliau merupakan keturunan langsung dari Sayyidina Hussein iaitu Putera kepada Ali bin Abi Talib   dan Fatimah yang merupakan anak kepada Rasulullah SAW.
-Keluarga Rasyid Ridha telah dikenali sebagai lingkungan keluarga yang taat pada agama dan menguasai ilmu-ilmu agama.

Sumbangan/Pemikiran/Ideologi

a) Bidang Agama dan Kepercayaan
-Bertoleransi dalam bermazhab dihidupkan.
-Pembaharuan dalam bidang hukum dan penyatuan mazhab hukum.

b) Bidang Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

-Memasukkan ilmu-ilmu umum ke dalam Lembaga Pendidikan milik umat Islam.
-Membentuk Lembaga Pendidikan yang bernama “Al-Dakwah Wal-Irsyad” pada tahun 1912 Masihi   di Cairo, Mesir.

c) Bidang Politik dan Sosial Kemasyarakatan
-Mengusulkan penyelenggaraan suatu pilihan raya Islam di Cairo, Mesir yang dihadiri oleh wakil-       wakil dari semua negara Islam dan seluruh umat Islam.


SEJARAH PENJAJAHAN NAPOLEON SEMASA DAN SELEPAS PENJAJAHAN
1) Sejarah Penjajahan Napoleon

a) Semasa Penjajahan Napoleon
-Tahun 1798 Napoleon masuk Mesir dan menjajah.
-Tujuan mereka adalah untuk menjajah negara India tetapi menggunakan negara Mesir sebagai jalan   tengah.
(Sebab memilih mesir : -Jalan tengah
           -Membuat revolusi di mana Napoleon menjajah
           -Ada kelebihan pada tentera Napoleon (Panglima Perancis)
-Napoleon berlayar dari pelabuhan yang dipanggil Tolon yang diikuti tentera sebanyak 36 ribu ke       Iskandariah.
-Sebelum tiba di Iskandariah, mereka melalui tempat yang bernama Malta dan menguasai tempat       berikut.
-Selepas itu, mereka ke Iskandariah untuk menguasainya namun hampir terbunuh.

b) Selepas 3 Penjajahan Napoleon
-Munculnya Muhammad Ali Pasha al-Mas’ud Ibn Agha.
-Beliau menggunakan strategi : -Mendekati masyarakat Mesir
        -Menjalinkan hubungan dengan pemerintah (Mamalik)
        -Ali Pasha membantu menurunkan cukai.
-Ali Pasha bersama masyarakat Mesir menyerang pemerintah iaitu Mamalik.
-Mamalik dan puak-puaknya melarikan diri ke Kaherah.
-Ali Pasha menguasai Mesir (Kushid Pasha hendak menguasai Mesir namun tidak berjaya).


2) Tokoh

Amir Al-As
-Pendidik Agama Islam yang telah membina Masjid Al-Amr.
-Beliau telah mengajar pendidikan Islam secara talaqqi.
-Tahun demi tahun, beliau telah membina Universiti Al-Azhar.
(Universiti Al-Azhar : -Ditubuhkan melalui dana
   -Mengikut sistem penggal (setahun)
       -Bilangan subjek 15-18 subjek.
       -Peperiksaan akhir mengikut kos



3) Kronologi



Tahun

Abad ke 18
-Pendidikan dilaksanakan di Masjid (Bandar Waqaf) Masjid pertama di Fusthanth Amr Al-As.
1256-1285
-Kejatuhan Kota Baghdad ke tangan bangsa Mongol oleh Hulagu Khan.
1798-1799
-Permulaan kedatangan Napoleon.
1815
-Sekolah Ketenteraan ditubuhkan di Mesir.
1816
-Sekolah Teknik ditubuhkan.
1827
-Sekolah kedoktoran ditubuhkan.
1833
-Menggunakan pendidikan tradisional dan membangunkan sekolah dasar (10 Buah).
1923
-Meluaskan pendidikan di Mesir.
1935
-Peluasan pendidikan disepakati.
1937
-Menyerahkan sistem pendidikan ke daerah masing-masing.
1944
-Menghapuskan yuran sekolah dasar.
1949
-Bebas daripada membayar/membeli buku teks.
1953-1960
-Mengeluarkan perundingan dalam pendidikan
1983
-Memindahkan subjek bahasa asing dari tingkatan 1 ke tingkatan 2.
1992-1993
-Pihak Universiti Al-Azhar menghantar pelajar Malaysia ke cawangan:
Luar Kaherah
-Iskandariah
-Damanhur
-Tanta
-Mansurah
-Zaqazik
-Shibin Al-Kom
-Dumyat

No comments:

Post a Comment